Demi Masa

Laman Depan
Chat Box
Counter


View My Stats

hits

Online Users

Friday, February 09, 2007
PENYELEWENGAN AJARAN QADIANI

Ajaran yang biasa didengari olek kebanyakkan umum di Malaysia, ajaran Qadiani merupakan suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari agama Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah Gurdaspur, India. Dengan demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza .

Sepintas lalu mengenaii Mirza


Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah rebah dan tidak sedarkan diri. Beliau juga diserang penyakit kencing manis (diabetes) dan kencing besel (copious urination). Beliau sering mengamalkan latihan rohani (spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa henti. Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang ‘simple’ dan tidaklah begitu cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau berkata: “Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing”.

Munculnya Ajaran Qadiani

Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak ‘normal’ pada diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri. Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman politik dan kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.

SIRI DAKWAAN BOHONG MIRZA GHULAM AHMAD

  • Dakwaan Menerima Wahyu
  • Dakwaan Sebagai imam Mahdi
  • Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar
  • Dakwaan Sebagai Al Masih
  • Dakwaan Sebagai Nabi,
  • Mendakwa mempunyai mukjizat
  • Menafikan Jihad
  • Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
  • Mendakwa para Nabi Menyaksikan Mirza dan mengakui Mirza sebagai Al-Masih
  • Mendakwa malaikat adalah pancaindera Tuhan.
  • Mendakwa tempat haji Di Qadian


KEDATANGAN DAN PENDIRIAN

Kedatangan ajaran Qadiani ke Malaysia dipercayai pada awal tahun 1930-an dan penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya di situ beliau menyebarkan ajaran ini.

Maka, sebagai umat Islam yang berfikiran jelas, kita perlu menolak sebulatnya penyelewengan sebagaimana yang di bawa oleh ajaran Qadiani ini.

Fatwa telah dikeluarkan :


“Puak Kadiyaniah/Ahmadiah adalah puak yang terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam”.


“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju satu kertas putih mengenai penyelewengan Puak Kadiyaniah/Ahmadiah hendaklah dikeluarkan oleh Majlis Keebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia”.


“Majlis (Negeri-negeri yang mengambil bahagian sahaja) bersetuju iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Hal ehwal Ugama Islam Malaysia hendaklah mengambil tindakan berutus dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri (yang mengambil bahagian sahaja) supaya pendapat-pendapat terkandung dalam keputusan-keputusan (i) dan (ii) di atas diisytiharkan oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri itu”.




posted by annuur @ 11:46 AM   2 comments
PEKERJA DAN BURUH: DI MANA LETAK ANDA??

Golongan pekerja dan buruh perlu merasakan mereka adalah sebahagian daripada punca kebangkitan Islam dalam dekad penuh kehinaan ini. Kita perlu mengenang jasa perjuangan kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia sejak tahun 1960, oleh kerana berusaha membawa usul ke dewan rakyat untuk mengiktiraf 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Walaupun tindakan ini adalah cetusan dari konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan hasil tindak balas yang dilakukan ke atas sifat rakus kapitalis dan pemodal yang memerah tenaga buruh di Barat namun mengenang peri pentingnya peranan pekerja dan buruh, dan selaras dengan konsep adil dan ihsan, Islam sudah pastinya tidak teragak-agak untuk meraikan usaha ini.

Secara umumnya, Islam sejak awal lagi memperjuangkan hak-hak pekerja di mana terdapat tiga asas utama yang perlu dipatuhi dalam hubungan majikan-pekerja iaitu keadilan, ihsan dan amanah. Namun, sejauh mana kita sebagai pekerja hari ini menghargai piawaian ini. Atau kita hanya menyedari hanya Barat semata menitik beratkan kebajikan pekerja dan majikan?

Pekerjaan halal

Tidak mengira bangsa Melayu, Cina, India mahupun warga Indonesia sekalipun, asalkan anda adalah pekerja muslim, perkara pokok yang perlu diberi perhatian ialah mengerjakan pekerjaan halal sahaja dan menjauhi pekerjaan haram dan mengandungi syubhat (ada keraguan di dalamnya).Adakah Islam mengongkong anda? Tidak sama sekali, sedang Islam terlalu menjaga peribadi dan jasad anda daripada perkara haram. Bukan itu sahaja, Islam tegas untuk memelihara keturunan anda kerana pekerjaan haram itu seharusnya memberi pulangan yang haram dan sudah pastinya untuk dijadikan punca kepada makanan, pakaian dan sebagainya kepada keluarga termasuk isteri dan anak-anak. Oleh itu para pekerja dan buruh muslim hendaklah menjauhi kerja-kerja yang melibatkan judi, arak, pelacuran, riba, penipuan dan segala macam pekerjaan yang hanya akan menjerumuskan diri dan keluarga anda kepada kemurkaan Allah S.W.T.

Tekun, disiplin dan profesional

Bagi para pekerja dan buruh muslim juga,hendaklah menjalankan kerja-kerja dengan penuh profesional, tekun dan juga mengusai kerja-kerja tersebut. Anda perlu menyedari juga,kerja-kerja yang dilakukan adalah ibadat, dan ianya perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh agar ibadat itu benar-benar diterima oleh Allah S.W.T. Oleh itu perbuatan menipu, curi tulang, pecah amanah, malas, kerja sambil lewa dan pelbagai sifat negatif lain tidak patut timbul di dalam kamus hidup seorang pekerja yang beragama islam.

Sayangnya, pelbagai istilah timbul hasil dari kemalasan dan juga ketidak jujuran para pekerja muslim kita di Malaysia seperti “mengular”, “pergi minum”,curi tulang” dan lain-lain lagi. Turut menjadi perkara biasa pekerja hari ini membuat tuntutan perjalanan yang lebih, membuat tuntutan perbelanjaan yang palsu, menggunakan komputer dan waktu kerja untuk melihat web porno, chating dan tiada kaitan dengan pekerjaan, menggunakan kenderaan syarikat untuk kegunaan peribadi, menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi, malah kadang-kadang menggunakan waktu pejabat untuk berniaga.

Amanah dan setia

Segala kerja-kerja, usaha adalah bertujuan untuk bersama memajukan majikan, kerana untuk tujuan itulah anda telah diambil bekerja.Jadi, segala rahsia dan strategi syarikat, selagi mana ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak hendaklah dipelihara. Namun, kesetiaan ini tidaklah sampai anda perlu mendahulukan majikan ke atas perintah Tuhan. Janganlah kerana taat dan patuh kepada majikan, maka seseorang pekerja muslim itu terpaksa menanggalkan tudung, berpakaian seksi, meninggalkan solat, terlibat dengan perkara-perkara maksiat dan dosa. “Tidak wajib taat kepada makhluk dalam perkara yang dilarang oleh al-Khaliq (Allah)” (H.R al-Bukhari dan Muslim).

Etika majikan muslim yang paling utama sekali ialah berkaitan dengan gaji,perlulah dibayar pada waktunya

Mengapa majikan muslim tidak cuba mempraktikkan sistem pembayaran gaji dalam tempoh dwi mingguan. Selain menggurangkan bebanan pekerja, ianya membantu untuk tidak bersikap boros dan kering pada pertengahan bulan seperti adatnya pekerja di Malaysia. Gaji itu hendaklah setimpal.Amat sedih jika kita lihat gaji yang kecil dibayar kepada pekerja buruh dan profesion yang melibatkan perusahaan.Perkara ini hanya akan menimbulkan masalah sosial dan krisis dalam masyarakat! Mana tidaknya, bila gaji yang diterima adalah kecil,mereka akan bekerja lebih untuk mendapatkan gaji yang dapat menampung kehidupan mereka. Ini menyebabkan waktu bersama keluarga akan berkurangan. Maka timbullah masalah sosial di kalangan anak-anak kerana kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa. Turut berlaku penswastaan didikan kepada pihak sekolah semata atau nenek di kampung. Bagi yang tidak mempunyai maruah dan harga diri pula akan melakukan aktiviti mencuri, membohong, meminjam duit dan juga pelbagai cara lain untuk menampung kehidupan mereka.

Kebajikan juga perlu dititikberatkan oleh majikan tanpa mengira mereka itu muslim ataupun bukan. Waktu kerja yang sepatutnya dan ,waktu over time yang tidak membebankan perlulah diberi perhatian. Aspek keselamatan juga perlu diambil kira, seperti tidak memaksa para pekerja wanita pulang lewat malam, cuti bersalin yang panjang. Yang paling penting, pihak majikan muslim hendaklah sentiasa sedar bahawa para pekerja mereka adalah manusia dan bukannya mesin.

Para majikan muslim juga wajib memastikan prasarana yang selesa untuk para pekerja muslim mereka untuk mengamalkan Islam dan melaksanakan ibadat di tempat kerja. Janganlah pula ada di kalangan majikan muslim yang melarang pekerja wanita muslim dari menutup aurat ataupun memaksa mereka yang terlibat dengan kerja-kerja kesetiausahaan dan juga pemasaran untuk berpakaian seksi.

Sebagai golongan yang bernilai dalam agama, pekerja dan buruh Malaysia... sudah pasti menyedari di mana letaknya diri anda kini. Tidakkah anda mahu menjadi punca kepada kebangkitan Islam??

SAHUTLAH SERUAN INI!

posted by annuur @ 11:36 AM   0 comments
Thursday, February 08, 2007
AJARAN BAHAIYAH : TAHUKAH ANDA?
Ajaran ini muncul di Negara Iran pada tahun 1844M yang diasaskan oleh seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi. Ia timbul di kalangan Syi’ah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di dalam wilayah Iran sekarang ini.

Mirza mendakwa dirinya “Albab” yang bermaksud pintu, iaitu pintu bagi kaum Syi’ah aatu seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman. Ini diambil daripada sabda Nabi SAW : “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya”. Lalu Mirza Ali mendakwa dirinya seperti yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut, lalu menamakan ajarannya sebagai “babiyah”.
Taman Bahai di Haifa seolah-olah seperti Kerajaan Langit Ayah Pin.

Pada awal penubuhannya,ajaran ini mendapat sambutan kerana ia dizahirkan sebagai orang yang suka kepada amalan Islam yang tulen. Namun,selepas itu ajaran ini semakin menyeleweng dengan mengajak umat manusia untuk keluar dariapda semua anutan keagamaan dan membentuk kesatuan agama yang dirumus oleh Mirza Muhammad Ali Syirazi. Fatwanya bahawa ketiga-tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian adalah benar dan semuanya datang dari Allah dan menyeru supaya disatukan ketiga-tiga agama ini.
Kemudian beliau mendakwadirinya sebagai Al-Mahdi dan Khalifah daripada Nabi Musa, Isa dan Muhammad SAW. Berikutan dari dakwaan itu, beliau telah dijatuhkan hukuman mati oleh pemerintah Iran krtika itu, Shah Tibriz. Semua pengikutnya telah melarikan diri ke serata tempat terutama di Turki dan Palestin.

Tidak lama selepas itu, gerakan ini timbul kembali di Palestin yang dipimpin oleh Mirza Husin Ali Bahaillah. Beliau menukarkan “babiyah” kepada “bahaiyah”, sempena namanya, Bahaillah. Selepas kematiannya, anaknya yang bernama Abdul Baha’ telah mengembangkan ajaran ini ke seluruh dunia terutama di Eropah dan Amerika Syarikat. Pusat. Pergerakan ini amat aktif dengan menerbitkan pelbagai jenis risalah dan buku berkenaan fahaman mereka. Pusat pentadbiran Bahaiyah sekarang terletak di Haifa, kawasan penjajahan Israel.
PENYATUAN AGAMA (INTERNATIONAL RELIGION)
Mirza Ali Muhammad merumuskan ketiga-tiga agama, Islam, Yahudi dan Kristian adalah dari Tuhan dan mengajak semua penganutnya membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu yang dipanggil Dinullah atau Agama International dengan dakwaan dapat mengelakkan perbalahan antara agama.

FAHAMAN ‘SERBA TUHAN’
(WEHDATUL WUJUD)
Satu petikan dari buku Bahaiyah : “Yang sebenarnya wahai makhlukku, bahawasanya engkau adalah aku”. Menunjukkan pengikut Bahaiyah menganut fahaman “wehdatul wujud” iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan. Ini adalah syirik.

RASUL JELMAAN DARIPADA TUHAN
Kaum Bahaiyah beri’tiqad bahawa Rasul itu adalah jelmaan tuhan. Mirza Ali Muhammad dan Mirza Husin Ali didakwa merupakan jelmaan tuhan yang lebih sempurna daripada nabi Musa, Isa dan Muhammad saw.

JIHAD ITU HARAM
Kaum Bahaiyah menolak jihad dengan senjata sama ada untuk mempertahankan diri atau agama. Mereka hanya beriktiqad jihad hanyalah dengan lisan sahaja.

Bukankah ajaran sesat ini mempunyai persamaan dengan kes yang menggemparkan negara kita sedikit masa dulu iaitu, ajaran Ayah Pin? Fikir-fikirkan....
posted by annuur @ 5:26 PM   1 comments
Kebangkitan Islam
Kebangkitan Islam merupakan fenomena sejarah nasional yang menumbuhkan kembali semangat iman, stagnasi pemikiran dan pemahaman serta gerakan jihad.Jadi,untuk melakar kekuatan dan keunggulan ummah masa depan bukanlah suatu yang mudah. Teorikal yang konkrit dan praktis perlu disediakan oleh generasi pemula keunggulan Islam masa depan iaitulah kita sendiri. Walaupun di dalam graf ketamadunan sendiri, pernah ditandai oleh kegemilangan Islam serta hegemoni keglobalan Islam sekitar pemerintahan Umayyah dan Abbasiyyah dahulu. Dan sedarkah kita sistem perundangan antarabangsa kini juga adalah melalui sumbangan oleh dunia Islam kepada barat melalui tamadun di Sepanyol?

Sekiranya kita memerhatikan maksud ayat 140 daripada surah Ali Imran serta Hadis Rasulullah berkenaan kegemilangan tentera Islam termasuklah ramalan baginda berkenaan pemuda yang menyerupai nama baginda yang akan memimpin dunia. Sekiranya kita melihat pandangan Ibnu Khaldun dalam al Muqaddimah, beliau menegaskan tentang cyclical history yang akan menyakinkan kita lagi. Ia terbukti dengan asal kegemilangan ketamadunan manusia diwarnai oleh tamadun timur iaitu Mesir kuno, Venessia, Persia dan lainnya. Kemudian ketamadunan ini diganti pula oleh kegemilangan intelektualan Yunani dan Rom daripada barat. Kegemilangan manusiawi beralih kepada tamadun Islam di timur dan kembali dengan cepatnya kepada barat selepas zaman kegelapan barat berakhir. Jika penelitian jauh dibuat melalui tesis Samuel Huntington iaitu The Clash Of Civilization and The Remaking of World Order, beliau menggagaskan kekuatan suatu blok baru selain barat dan komunis iaitu blok islam-confucius. Blok ini adalah konklusi kepada kekuatan China, Korea dan kekuatan Islam itu sendiri yang dilihatnya ada keserasian. Maka wajarlah kita meyakini peralihan hegemoni ini.

Di manakah kita selaku pembawa syiar ketamadunan Islam? Apabila kita memerhatikan dari sudut Geo-Politik, kita melihat dua blok superpower (Bipolar) yang dominan iaitulah blok Amerika dan sekutunya dan Blok Komunis iaitu Soviet dan seangkatan. Polarisasi ini sudah cukup memeritkan kekuatan umat Islam dengan keterhimpitan ekonomi dan sistem pentadbiran negara. Selepas tahun 1991 iaitu pembubaran Warsaw Pact anjuran Komunis, kita melihat NATO anjuran Amerika masih utuh dan teruskan keglobalan melampau serata dunia.

Cabaran untuk mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam. Solidariti unggul hanya tercapai dengan pemahaman secara sederhana mengenai firqah-firqah yang wujud di dunia ini. Resepi unggul Al Banna dalam Risalah Ta’limnya adalah sebahagian sumbangan kepada tenaga keunggulan tamadun Islam.

Cabaran untuk membina semula dinamika Islam itu sendiri. Unsur Sawwabit wa mutaghayyirat perlu disebatikan dalam minda umat Islam. Keterbukaan ijtihad fiqh yang memudahkan ibadah masa kini akan menyemarakkan lagi proses ini. Disini kesepaduan kerja ulama’ semasa, pemimpin umat Islam dan pemimpin gerakan Islam adalah perlu.
Cabaran seterusnya adalah bagaimanakah tawaran model tamadun Islam yang sebenarnya. Kita akan semakin jauh dengan realiti kemenangan Islam sekiranya pembawaan umat Islam masih tersimpul dengan pemikiran 500 tahun yang silam.

Persoalannya sekarang, siapa yang akan memulakan, bagaimana ingin bermula, dan bilakan masa yang sesuai untuk bermula. Jawapan untuk kesemua soalan ini bergantung kepada konteks pelaksana atau penggerak kekuatan Islam iaitu Institusi dakwah, negara, komuniti kecil masyarakat mahupun individu yang memahami tanggungjawab sosial ini.

posted by annuur @ 5:18 PM   0 comments
Saturday, September 23, 2006
ISLAMOPHOBIA:INDOKTRINISASI BARAT YANG BERJAYA?

PENGENALAN

Peristiwa 11 September 2001 meninggalkan pelbagai memori pahit dalam diari umat Islam apabila peristiwa tersebut menjadi batu loncatan bagi blok Barat yang berpaksikan Yahudi Zionis menyerbu ke negara Islam meratah dan menghina umat Islam diatas nama Humanism dan terrorism. Kita juga maklum pendedahan beberapa NGO yang ditubuhkan di Amerika Syarikat berkenaan konspirasi dan agenda kotor zionis berproksikan AS pada peristiwa 9/11 menjelaskan kebobrokan dan kebencian mereka terhadap Islam. Peristiwa 9/11 secara tidak langsung ada pro dan kontra kepada umat Islam.Pro-nya ialah masyarakat Barat dan dunia mula membuka mata tentang Islam, dan kontranya ialah pelabelan Islam sebagai terrorist dan tekanan umat dunia pada masyarakat Islam di seantero dunia,juga ketakutan tidak berasas masyarakat dunia pada Islam,iaitulah Islamophobia.

ISLAMOPHOBIA, SATU KAJIAN

Bila berbicara tentang Islamophobia, definisi yang mudah untuk difahami ialah rasa fobia atau kebimbangan terhadap islam samaada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan segala yang berkaitan dengan Islam. Ia merupakan agenda Barat yang diperkenalkan 10tahun yang lalu yang terus dimangkin dengan peristiwa 9/11. Namun, apakah ianya agenda Zionis yang berjaya? Ya, zionis dengan kekuatan politik dan medianya berjaya menyerap Islamophobia kepada masyarakat Barat malahan juga terserap ke dalam minda umat Islam kini diseluruh dunia. Umat islam sendiri mula dimomokkan dengan keburukan yang direka-reka tentang Islam.

KISAH YVONNE RIDLEY

Pendedahan bekas wartawan Sunday Press dari London, Yvonne Ridley yang ditahan oleh Taliban di Penjara Kabul beberapa tahun yang lepas menjelaskan lagi konspirasi jahat Yahudi. Beliau yang sudah memeluk Islam dan menjadi pembela Islam kini dengan mata pena dan ceramah keseluruh dunia juga nyaris dimanipulasi oleh Zionis untuk menjadi alat sebaran doktrinisasi Islamophobia Barat.

Beliau yang berpengalaman dipenjarakan oleh Taliban menyatakan bahwa sebaran media Barat tentang terrorist dan double standard pada wanita adalah meleset sama sekali jika dibanding layanan penuh berakhlak dari pejuang taliban. Namun,media Barat menamakan pengalaman yang diperolehi oleh Yvonne yang cuba didedahkan kepada masyarajat dunia hanyalah sebagai Stockholm Syndorm iaitu tekanan perasaan yang membuatkan mangsa bersimpati dengan pemangsanya. "Saya diminta mengada-adakan berita kononnya saya diseksa dan dirogol ketika ditawan Taliban " ujar Yvonne Ridley.

Benarlah firman Allah :

"Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama) mereka." ( Al-Baqarah 120)

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DAN IMPERIALIS KRISTIAN

Islam mula bertapak di Tanah melayu dizaman Kerajaan Uthmaniyyah melalui kehadiran pedagang arab dan China yang juga menjadi pendakwah di Tanah Melayu melalui Pelabuhan Melaka. Pendekatan dakwah tawazun dan bilhikmah telah menarik perhatian pemerintah Melaka lantas menganut Islam sebagai addin.Malahan, kegemilangan Islam diTanah Melayu juga dilihat dengan kemakmuran kehidupan masyarakat Islam Melaka dengan penggubalan dan pelaksanaan Undang-Undang Kanun Melaka dan Undang-undang Laut melaka yang merupakan asimilasi dari hukum hudud. Namun,imperialis Barat yang melaksanakan konsep 'Devide and rule" selepas kejatuhan khilafah islamiah Turki Uthmaniyyah,ledakan Reformation dan Renaissance mula menjejak langkah menghancurkan aqidah umat Islam Tanah Melayu .

Konsep 3G yang dibawa bersama semasa berdagang di Melaka iaitu Gold, Gospel dan Glory mula menampakkan hasilnya selepas kemasukan Imperialis Portugis yang berkolaborasi dengan imperialis lain sekitar tahun 1511. Di saat inilah bermulanya proses Pembaratan (westernisasi) umat Islam dengan sogokan sekularisme dan materialisme yang disusun atur melalui sistem Perundangan ( suruhanJaya Reid), sistem pendidikan, dan sistem ekonomi Barat. Kejayaan mubaligh Kristian serta gerakan Freemasonry semakin menyerlah dengan ghazwul fikr (serangan pemikiran) serta kegilaan kepada Barat atau Westomania telah menyerang kedalam sanubari umat Islam. Mereka mula meninggalkan agama dan mula disogokkan dengan ketakutan dan kejengkelan dalam melaksanakan amalan agama Islam atau Islamophobia.

REALITI ISLAMOPHOBIA DI MALAYSIA

Masa kini, umat islam di Malaysia terus dilekakan dengan budaya hedonisme, supaya sensitiviti kepada Islam mula tumpul. Hari ini kita melihat Isu murtadisasi,Lina Joy , IFC dan Sister In Islam merupakan parasit yahudi dan Zionis yang mula menggugat kedaulatan Islam di Malaysia.

Islamophobia yang menyerang umat Islam di Malaysia boleh diperincikan dibawah beberapa pensegmentasian antaranya ialah :

· Penyebaran berita negatif tentang islam kepada non-muslim menyebabkan mereka mula bersifat pesimis pada Islam dan penganutnya.Non-muslim dimomokkan dengan Islam sebagai terrorism,hukum hudud sebagai hukuman yang kejam dan bercanggah dengan hak asasi dan humanisme, dan sebagainya.

· Kurangnya sensitiviti umat Islam pada umat Islam di negara lain dan tumpul rasa cintanya pada Islam.Ini menyebabkan mereka bimbang untuk membicarakan soal jihad dan perang qital yang berlaku diPalestine,Iraq,Iran dan sebagainya,lantas berdiam diri membisu lisan untuk berbicara tentang isu umat Islam lain.

· Ketidakfahaman tentang Islam tidak dibedung, dan kefahaman tentang Islam tidak difokuskan oleh pihak berwajib.Keadaan ini menyebabkan umat Islam tidak memahami Islam lantas mereka malu dan jengkel untuk mengakui hakikat Islam yang sebenar dan melaksanakan syiar Islam di khalayak ramai. Takut dan bimbang untuk berbicara tentang Islam dan akhirnya mereka hanyut dengan manhaj Freemasonry yang tidak mereka sedari merungkai mereka dari ikatan Islam.

Saidina Umar menyebut "Islam akan terungkai dari diri seseorang bila dia tidak mengenali hakikat jahiliyyah". Kita perlu sedar bahawa islamophobia merupakan salah satu tools yang digunapakai dalam ghazwul fikri golongan Freemasonry kepada masyarakat dunia dan umat Islam.

APA TINDAKAN KITA ?

Selaku umat Islam yang cintakan kedaulatan Islam, seharusnya kita peka dengan isu yang melanda umat Islam kini.Kefahaman yang jelas tentang Islam akan mengelakkan kita hanya menjadi golongan mutaqaaidun sahaja dengan penderitaan umat Islam semasa.Apa yang perlu kita laksanakan dalam menghadapi Islamophobia ini?

· Membina FAHAM tentang Islam dalam diri dan memberi FAHAM kepada muslim yang lain dan non-muslim tentang tuduhan terhadap Islam. Salahfaham tentang Islam telah dijelaskan oleh Dr Yusof Qaradawi dalam bukunya "Sanggahan salah tafsiran Islam".

· Menentang dan tidak berkompromi dengan unsur sekularisme dan sebarang usaha menjatuhkan serta memanipulasi islam seperti IFC, Sister in islam, kumpulan artikel 11.IFC bukan sahaja masuk campur dalam urusan interfaith tetapi turut menceroboh intrafaith dalam Islam.

· Membantu organisasi atau NGO atau individu perseorangan yang memperjuangkan kedaulatan agama Islam sebagai tanda kita mempunyai rasa MAHU untuk menangkis serangan Islamophobia.

· Menggunakan segenap tenaga yang ada untuk membantu rakan dan saudara seislam di seluruh dunia samada dengan jiwa,harta dan sebagainya.Malahan Dr Yusof Qaradawi juga telah mengeluarkan fatwa supaya seluruh umat Islam membantu Iran walaupun ianya berkefahaman Syiah.

Dalam menghadapi segenap situasi yang mencengkam umat kini, seharusnya unsur UKHWAH menjadi tali penghubung dan pengikat seluruh umat Islam.Jika kita bersatu dibawah ikatan aqidah, maka akan terhasillah wehdatul fikrah yang memungkinkan terhasilnya satu tindakan bersama iaitulah wehdatul amal.

Akhirnya, hayatilah sabdaan Rasulullah SAW : "Hampir tiba satu masa seluruh manusia akan mengerumuni kamu seperti orang yang ingin makan mengerumuni talam hidangan. Sahabat bertanya " Apakah kerana kami sedikit ya Rasulullah? " Maka nabi saw menjawab " Tidak,bahkan bilangan kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih dilautan,dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari musuh kamu,dan Allah mencampakkan penyakit wahan kedalam hatimu". Sahabat bertanya " apakah itu wahan?" nabi menjawab " Cintakan dunia dan takutkan mati" (hadith riwayat Abu Daud).

Ahmad Asyraf Shari (KUTKM)

posted by annuur @ 10:10 PM   0 comments
Risalah An-Nuur Vol 4

Dapatkan Risalah An-Nuur Vol 4, download, print dan edarkan di sekeliling anda!!

DAPATKAN SEGERA!!

Sila download diruangan download di menu sebelah kanan.

atau

Sila Klik untuk download : AnNuur Vol 4
posted by annuur @ 7:42 AM   0 comments
Friday, September 01, 2006
Assalamualaikum selamat datang ke Laman An-Nuur.
posted by annuur @ 9:05 AM   0 comments
About Me

Name: annuur
Home:
About Me:
See my complete profile
Download Risalah An-Nuur
Risalah An-Nuur 1

Risalah An-Nuur 2

Risalah An-Nuur 3

Risalah An-Nuur 4

Previous Post
Archives
Links

:: Info Terkini ::


:: Bloggers ::


Template by

Sebarang pertanyaan dan ingin berkongsi artikel,

Email:

annuur_info@yahoo.com



BLOGGER